FAKTOR keselesaan membuatkan semakin ramai orang lebih gemar
memilih untuk menginap di hotel pada musim perayaan.
KUALA LUMPUR – Konsep pulang beraya ke kampung, namun
tinggal di hotel telah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia zaman
sekarang dengan ramai yang memberikan alasan atas faktor keselesaan.
Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan trend tersebut,
namun jumlah ahli keluarga yang terlalu besar, anak-anak yang masih kecil atau
tiada rumah ibu bapa di kampung menyebabkan sesetengah hotel di negara ini
sebenarnya hampir penuh pada minggu pertama Aidilfitri.
Menurut seorang pekerja swasta, Fatin Hamimah Yusof, 26,
trend raya di kampung, tetapi tidur di hotel bagi keluarganya lebih disebabkan
keselesaan memandangkan ahli keluarganya yang besar.
Ujar Fatin, rumah datuknya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang
hanya mempunyai tiga bilik sedangkan setiap kali Aidilfitri lebih 30 orang ahli
keluarganya berkumpul di rumah tersebut.
Menurut anak kelima daripada enam adik-beradik itu, sejak
tahun 2010, dia dan ahli keluarga memilih tidur di homestay atau hotel
antaranya Hotel Pearl View, Butterworth dan DND Homestay.
Akui Fatin, pada awalnya ramai yang membantah cadangan
tersebut, namun ia diterima kemudiannya atas keselesaan semua pihak.
Sementara itu, bagi seorang pereka di sebuah syarikat
swasta, Amirrul Aqmal Razarudin, 24, yang pernah bermalam di Hotel Holiday Inn,
Alor Setar, Kedah pula, tidak timbul isu hubungan renggang atau kurang akrab
dalam kalangan ahli keluarga ekoran trend itu.

Post a Comment