Halloween Costume ideas 2015
November 2015


Video berdurasi dua minit 52 saat tersebut memaparkan dua pelajar perempuan menampar seorang lagi pelajar perempuan dan menghen­takkan kepalanya ke dinding.

Seorang lagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki pula dilihat se­perti mengejek mangsa yang terjatuh ke lantai selepas rambutnya ditarik.

Kejadian itu menarik perhatian warga netizen yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Wong Chee Keong, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan dibuat dengan menahan empat pelajar dari sekolah ber­kenaan untuk membantu siasatan.

Katanya, pelajar-pelajar itu yang ditahan semalam direman selama tiga hari.

“Hasil siasatan awal, dipercayai kejadian ini berlaku apabila mangsa menegur rakan sekolahnya ekoran keluar dengan teman lelaki sebelum mangsa dipukul.

“Kes ini disiasat sebagai rusuhan di bawah Seksyen 147 Kanun Ke­seksaan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Kebaji­kan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, Jabatan Pendidikan negeri juga telah diarahkan menyiasat kes melibatkan pelajar berkenaan.

Katanya, kesemua terlibat telah dipanggil untuk memberi ketera­ngan iaitu kumpulan pelajar yang dirakamkan dalam video itu dan pengetua sekolah.

Video




Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan serendah RM4, pengusaha cecair vape boleh mengaut keuntungan berlipat ganda dan hanya memerlukan 15 minit untuk memproses cecair perisa yang kini menjadi kegilaan penggemar vape.

Menurut seorang tukang bancuh atau ‘brewer’ yang enggan dikenali, dia mula menjadi ‘saintis’ memproses cecair vape sejak akhir tahun lalu di ‘makmal’ di rumahnya dengan hanya bermodalkan RM300.

“Saya mempunyai ‘makmal’ membancuh dan memproses perisa dan hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit saja untuk proses penyediaan. Saya belajar daripada ebook seseorang bernama fiz.

“Tambahan pula, bahan memproses perisa vape ini sangat mudah didapati seperti di kedai pembekal barangan kek, farmasi dan kilang,” katanya.

Menurutnya, kualiti perisa bergantung kepada jenis dan jenama perisa yang digunakan untuk menghasilkan perisa vape yang terbaik.

Virtual Reality (VR) adalah salah satu daripada tajuk perbincangan besar di Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas.

 Acara ini menyaksikan satu siri pengumuman dan demonstrasi yang mencadangkan teknologi yang hampir matang dan pasaran massa diterima pakai.





 Oculus Rift menunjukkan maklumat terkini kepada alat dengar, yang dipanggil Crescent Bay. Kepada orang Kaki Game, Comfirm Suka benda ni.

Kuala Selangor: Banjir kilat berserta lumpur di beberapa kawasan di Puncak Alam Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada kolam tadahan air yang gagal menampung jumlah air selain pembangunan di kawasan berkenaan. Dalam kejadian itu, lebih 200 penduduk membabitkan penghuni 167 rumah di Fasa 2B3, Sinar Alam terjejas buat kali kedua pada tahun ini manakala dua jalan utama ke Bandar Puncak Alam iaitu Jalan Meru Tambahan dan Jalan Persiaran Puncak Alam, ditenggelami air. Pengerusi Majlis Pemuafakatan Penduduk (MPP) Bandar Puncak Alam Mohd Hanif Md Sultan berkata, Puncak Alam memiliki lima kolam tadahan air dan tidak mampu menampung kuantiti air menyebabkan kediaman di kawasan rendah dinaiki air. “Kami sedih dan kecewa apabila kejadian sama berulang sekali lagi dalam tempoh empat bulan, malah banjir kali ini lebih buruk berbanding Ogos lalu yang hanya membabitkan 100 rumah. “Kami mahukan penyelesaian menyeluruh daripada pihak berkaitan sama ada melakukan kerja penyelenggaraan terhadap kolam berkenaan atau melakukan audit bagi meneliti masalah ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Kuala Lumpur: Wanita mangsa pukul beberapa wanita lain di Kelantan yang rakaman videonya ‘viral’ beberapa hari lalu meminta supaya sesiapa yang memiliki video berkenaan tidak lagi menyebarkannya kerana dia menanggung malu, sedih, malah kesan sakit akibat dipukul masih terasa sehingga kini.

Wanita dikenali sebagai Nila, 22, dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun itu berkata, dia sedar video berkenaan tersebar meluas, namun tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berharap penyebaran video itu dihentikan.

“Sakit kepala memikirkannya. Sakit di kepala juga masih terasa kerana mereka pukul kepala saya.

“Pada masa sama, perut juga masih terasa sakit kerana mereka juga pukul perut saya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tiga bahagian video pergaduhan berkenaan tersebar dengan video bahagian ketiga paling menyedihkan dan mengaibkan.

Tiga daripada wanita berusia 20-an yang membelasah Nila sudah ditahan, manakala dua lagi wanita yang dikenali sebagai Nija dan Mokbiey masih diburu polis.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, 15 Oktober lalu.

Nila berkata, dia kini tinggal bersama ayahnya.

Ditanya adakah keluarganya akan menyaman wanita yang membelasahnya, Nila tidak tahu.

“Saya tunggu semuanya reda dulu,” katanya.

Harian Metro pada Jumaat melaporkan, Nila mendakwa tidak bersalah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” katanya.

Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling ramai rakan wanita berkenaan.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.
“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. 
Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya.



Riyadh: Seorang lelaki ditangkap selepas dia memandu di lebuh raya selaju 104 kilometer sejam dengan anaknya bergayut di luar tingkap kenderaan itu.

Kejadian itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia menjadi viral di media sosial.

Polis berjaya menjejaki lelaki berkenaan menerusi video itu dan menahannya atas tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman berat terhadap lelaki itu dan mencadangkan kanak-kanak berkenaan diletakkan di bawah penjagaan agensi kebajikan.

Polis sehingga ini enggan mengulas sama ada kanak-kanak itu didera atau berseronok dengan tindakan bapanya.

Keselamatan jalan raya adalah isu besar di Arab Saudi.

Pada 2013, sebanyak 485,831 kemalangan jalan raya dicatatkan dengan 6,458 kematian, atau seorang terbunuh akibat kemalangan setiap 90 minit. - Agensi


Beijing: Syarikat penerbangan Kunming Airlines berjanji menyiasat dan mengambil tindakan selepas beberapa pramugari dibuli dengan dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi.

Tindakan itu diambil selepas beberapa gambar pramugari syarikat itu berbaring di dalam tempat simpanan bagasi tersebar di media sosial sehingga dikecam orang ramai.

Sekeping gambar menunjukkan seorang pramugari menutup mukanya ketika berbaring di tempat simpanan bagasi.

Difahamkan, itu adalah tradisi yang mesti dilalui oleh kru kabin yang baru bekerja di syarikat berkenaan.
Akhbar The South China Morning Post melaporkan, gambar itu tersebar secara meluas sejak hujung minggu lalu.

Kata akhbar itu, kru kabin dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi itu selepas menghabiskan 30 dan 50 jam penerbangan.

Bagaimanapun, Kunming Airlines dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu tidak mengetahui mengenai tradisi berkenaan dan tiada aduan yang pernah dibuat oleh kru kabin.

“Kami tidak pernah berkompromi mengenai isu keselamatan penerbangan dan kejadian buli ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” kata syarikat itu. - Agensi


Multan (Pakistan): Seorang wanita hampir terbunuh selepas separuh badannya melecur akibat dibakar lelaki yang enggan dikahwininya.

Sonia Bibi, 20, yang kini dirawat di sebuah hospital di sini memberitahu polis, bekas kekasihnya Latif Ahmed menyimbahnya dengan petrol sebelum menyalakan api selepas dia menolak lamarannya.
Doktor di Hospital Nishar, tempat Sonia dirawat memberitahu wartawan, 45 hingga 50 peratus badan Bibi melecur akibat serangan itu.

Kejadian berlaku di kampung pedalaman di daerah Multan, Punjab, wilayah di tengah Pakistan.

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget