Halloween Costume ideas 2015
July 2016


Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu .

Untuk info, bermula bulan Julai tahun 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan harga petrol dan diesel adalah berdasarkan sistem apungan terurus berikutan penghapusan subsidi bahan api .

Pemakluman Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel

KPDNKK akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan

Kemaskini Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel 

JADUAL DAN SENARAI HARGA MINYAK BULANAN RON95 RON97 DIESEL DI MALAYSIA TAHUN 2016 

Berikut ialah jadual rasmi harga runcit bulanan bagi Petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di Malaysia anjuran tahun 2016:

Info Rasmi Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel 

Bulan (2016)   RON95 (Seliter)          RON97 (Seliter)             Diesel (Seliter)

Januari                 1.85                                2.25                                  1.60
Februari                 1.75                                2.05                                  1.35
March                 1.60                                1.95                                  1.35
April                         1.70                                2.05                                  1.55
Mei                         1.70                                2.05                                  1.55
 Jun                         1.70                                2.05                                  1.55
Julai                         1.75                                2.10                                  1.60
Ogos                        1.75                                 2.10                                  1.70




Walaupun kita telah menduga bahawa generasi telefon pintar terbaru daripada Apple iaitu iPhone 7 akan dilancarkan pada bulan September, Evan Blass dari @evleaks telah mendedahkan secara spesifiknya bahawa Apple iPhone 7 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 12 September.

Jika sebelum ini Apple hadir dengan versi biasa dan versi Plus, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa tahun ini Apple akan melancarkan tiga model iPhone iaitu iPhone 7, iPhone 7 Plus dan iPhone 7 Pro


Walaubagaimanapun, Evan Blass telah menyangkal laporan ini dan menyatakan hanya model Plus atau model Pro akan dilancarkan bersama-sama iPhone 7 yang biasa.
Kita kini hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada Apple mengenai tarikh pelancaran iPhone 7 ini.







Menurutnya, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali ketika bertandang ke rumah gadis itu sebelum mengambil keputusan untuk masuk meminang.

Bapa Milawati, Nasaruddin, 48, memberitahu, dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya sendiri yang bersetuju.

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya.



Sementara itu, Milawati berkata, dia tiada masalah berkahwin dengan Nasir walaupun jarak usia yang memisahkan mereka hampir 45 tahun.



“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya. - Wira keyboard



FAKTOR keselesaan membuatkan semakin ramai orang lebih gemar memilih untuk menginap di hotel pada musim perayaan.

KUALA LUMPUR – Konsep pulang beraya ke kampung, namun tinggal di hotel telah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia zaman sekarang dengan ramai yang memberikan alasan atas faktor keselesaan.

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan trend tersebut, namun jumlah ahli keluarga yang terlalu besar, anak-anak yang masih kecil atau tiada rumah ibu bapa di kampung menyebabkan sesetengah hotel di negara ini sebenarnya hampir penuh pada minggu pertama Aidilfitri.

Menurut seorang pekerja swasta, Fatin Hamimah Yusof, 26, trend raya di kampung, tetapi tidur di hotel bagi keluarganya lebih disebabkan keselesaan memandangkan ahli keluarganya yang besar.

Ujar Fatin, rumah datuknya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hanya mempunyai tiga bilik sedangkan setiap kali Aidilfitri lebih 30 orang ahli keluarganya berkumpul di rumah tersebut.

Menurut anak kelima daripada enam adik-beradik itu, sejak tahun 2010, dia dan ahli keluarga memilih tidur di homestay atau hotel antaranya Hotel Pearl View, Butterworth dan DND Homestay.

Akui Fatin, pada awalnya ramai yang membantah cadangan tersebut, namun ia diterima kemudiannya atas keselesaan semua pihak.

Sementara itu, bagi seorang pereka di sebuah syarikat swasta, Amirrul Aqmal Razarudin, 24, yang pernah bermalam di Hotel Holiday Inn, Alor Setar, Kedah pula, tidak timbul isu hubungan renggang atau kurang akrab dalam kalangan ahli keluarga ekoran trend itu.


Penyelidik UM berjaya tanam saffron di Malaysia, rempah termahal RM32,000/kg



KUALA LUMPUR, 8 Jul ― Crocus sativus L. atau lebih dikenali sebagai saffron atau za’ffaran merupakan herba termahal di dunia. Ia digunakan sejak ribuan tahun dahulu terutama di Asia Barat sebagai rempah utama dalam masakan.

Digelar raja segala rempah, helaian-helaian halus berwarna merah za'ffaran, merupakan stigma kering daripada bunga saffron yang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi.

Hanya boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah, harganya di Malaysia boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 bagi setiap satu kilogram.

Bagaimanapun usaha sekumpulan penyelidik Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) diketuai Profesor Dr Rosna Mat Taha bersama Nordiyanah Anuar, Noraini Mahmad, Asif Khan, Dr Sadegh Mohajer, Nor Amirah Md. Nor telah berjaya menanam dan menghasilkan bunga saffron di Malaysia selain memperolehi stigmanya yang digunakan dalam masakan.

Pokok saffron yang ditanam secara in vivo dalam bilik kultur itu berbunga buat pertama kalinya dari November hingga Januari lepas.

Saffron boleh membesar mencapai ketinggian 15 hingga 30 sentimeter dan untuk memperolehi lima hingga tujuh kilogram saffron yang kering memerlukan keluasan tanah lebih kurang satu hektar.

Setiap bunga hanya mempunyai tiga stigma dan bagi mendapatkan 10 gram stigma za’ffaran pula memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran dan ini menyebabkan harganya menjadi sangat tinggi.

Kejayaan penyelidikan saffron di Malaysia hingga berjaya menghasilkan *bunganya buat pertama kali di kawasan beriklim tropika memberi satu petanda positif akan potensinya di sini.

Bagaimanapun, ia masih memerlukan kajian lebih mendalam sehingga ia boleh dikomersialkan mengikut persekitaran dan cuaca yang ada di Malaysia, menurut Rosna yang memulakan projek penyelidikan ini pada 2014 melalui geran penyelidikan UM.

"Saffron hanya boleh hidup di negara empat musim seperti di negara-negara Mediteranean atau Asia Barat seperti Iran, yang merupakan pengeluar terbesar di dunia, sementara Turki, Kashmir atau negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Perancis juga menghasilkan saffron tetapi dalam kuantiti yang sedikit.*

"Apabila ia boleh berbunga di Malaysia, ini memberi satu harapan untuk menanam saffron di Malaysia dan seterusnya tidak mustahil untuk dikomersialkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tanaman unik yang dianggap "emas merah" dunia ini digunakan sejak turun temurun dalam masakan dan kini semakin meluas digunakan sebagai bahan pewarna, minyak wangi dan dalam bidang perubatan serta sebagai campuran dengan madu untuk makanan kesihatan.

Mengandungi safranin, ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara khasiat saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia bagi membantu menguatkan daya ingatan.

Banyak tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam mengenai khasiat dan kebaikan saffron yang turut diperakui oleh ahli perubatan barat moden.

Di India, saffron banyak digunakan bagi membantu masalah pencernaan. Kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin, kajian juga mendapati saffron dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser. Ia juga *banyak digunakan sebagai bahan penenang kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan jika.



Profesor Dr Rosna Mat Taha menunjukkan pokok Crocus sativus, atau lebih dikenali sebagai saffron, yang berjaya berbunga di makmal kajiannya di Universiti Malaya.


Apa uniknya saffron?

Merupakan tumbuhan yang sensitif dan memerlukan penjagaan rapi, ia membiak melalui umbisi (corm) pada tanah dan akan mengeluarkan bunga pada awal musim luruh pada suhu antara 11 dan 18 darjah Celsius.

Di Iran, saffron akan mula mengeluarkan bunga setiap tahun dari September-November. Proses itu akan berulang dan umbisi (corm) itu mampu mengeluarkan bunga sehingga 10 tahun.

Benih baharu bagaimanapun akan diganti setiap lima tahun bagi menghasilkan stigma bunga yang berkualiti tinggi.

Menurut Rosna, kajian awal daripada kejayaan penanaman dan pembungaan saffron melalui penanaman secara in vivo mendapati ia sesuai dan membesar dengan baik menggunakan tanah hitam serta akan berbunga pada suhu 15-20 darjah Celsius.

Apabila saffron diletakkan pada suhu 21-28 darjah Celsius, hanya 50 peratus sahaja yang berbunga dan pada suhu melebihi 30 Celsius, langsung tidak ada saffron yang menghasilkan bunga. Nutrien pada tanah hitam yang digunakan sangat sesuai untuk pertumbuhan saffron di Malaysia.

"Selepas lebih kurang 2 bulan, pokok saffron menghasilkan bunga yang berwarna ungu dan berbau harum sama seperti yang biasa dihasilkan di negara asalnya.*

"Dalam kajian ini, saffron telah menghasilkan bunga pada bulan November, Disember dan Januari, sedikit berbeza dengan di Iran yang berbunga pada musim luruh (akhir Sept-November)," katanya.

Pertumbuhan dan penghasilan bunga saffron banyak dipengaruhi oleh suhu, jenis tanah dan juga rawatan awal (‘pre-treatment’) terhadap ‘corm’ atau umbisinya. Struktur bunga Saffron terdiri daripada lima kelopak, tiga stigma dan tiga stamen.

Kumpulan penyelidik itu kini menjalankan kajian untuk penambahbaikan daripada segi penanaman dan pembungaan secara in vitro atau kaedah kultur tisu.

Menurut Rosna, saffron membiak dengan sangat perlahan dan menghasilkan sangat sedikit anak benih secara semulajadi. Oleh itu teknik kultur tisu untuk mikropropagasi tumbuhan ini penting dalam menyelesaikan masalah ini.

"Kaedah bioteknologi membolehkan tumbuhan ini dimajukan dan menjadikan ia berpotensi besar untuk ekonomi negara," katanya.

Kajian yang dilakukan itu turut diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun lepas, kajian itu memenangi pingat perak dalam pertandingan iCompEx 2015, di Politeknik Muadzam Shah, Jitra, Kedah.

Baru-baru ini, kajian itu juga telah memenangi pingat emas dalam pertandingan The 2nd World Invention Innovation Contest (WiC) 2016 di Korea Selatan. 

Anggota penguatkuasa KPDNKK Kelantan, memeriksa ayam yang menjual pada harga tinggi sebelum mengeluarkan notis di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi




Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Abdul Ghani Harun (kanan) bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK bertanyakan sesuatu kepada peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU - Segelintir peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di sini mengambil kesempatan sempena sambutan Aidilfitri dengan menjual ayam sehingga RM30 seekor tanpa menggunakan alat penimbang.

Perbuatan itu dikesan dalam pemeriksaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan di pasar berkenaan hari ini.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghani Harun berkata, hasil pemeriksaan itu mendapati ada peniaga meletakkan tanda harga RM8 bagi sekilogram ayam namun menjualnya dengan harga RM12 sekilogram.

"KPDNKK Kelantan mengesan kebanyakan peniaga menaikkan harga ayam sejak Khamis lepas dan kita menerima 16 aduan dari seluruh negeri berhubung kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Justeru, katanya, pihaknya mengeluarkan 17 notis tunjuk sebab kepada peniaga ayam di pasar tersebut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurutnya, semua peniaga memberi alasan, pembekal mengenakan harga yang tinggi sehingga RM16 seekor memaksa mereka menjual ayam pada harga tinggi.


"Oleh itu kita akan bertemu pembekal ayam pada petang ini untuk siasatan lanjut," katanya.

MANGSA parah ditetak kerana membunyikan HON kereta petang semalam

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki parah akibat ditetak hanya kerana membunyikan hon kereta apabila terkejut dengan tindakan suspek mencelah ketika trafik sesak di Jalan Buluh Gading, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 41 tahun sebelum itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Besut bersama isteri dan dua anaknya sebelum tersangkut dalam kesesakan trafik di lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata sebaik tiba di lokasi sebuah kereta PERODUA Kancil dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba mencelah di hadapan mangsa menyebabkan mangsa membunyikan hon atas tindakan suspek itu.

Katanya, tindakan mangsa menyebabkan suspek keluar dari kenderaannya dengan bersenjatakan sebilah parang panjang.

"Mangsa turut keluar dari keretanya dan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka masing-masing jatuh ke semak berhampiran.

"Orang awam yang melihat kejadian cuba membantu meleraikan pergelutan itu namun suspek bergegas meninggalkan lokasi dengan menaiki keretanya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tadi.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kiri dan kepala dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.


"Polis sudah mengenal pasti suspek berikutan penemuan sebuah telefon bimbit dipercayai milik suspek dan kini dia sedang dijejaki," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



Malam.
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang. 

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.

"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat? 

Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.

Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label, 
"Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,

Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini. 

Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang. 

Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya. 

Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.

Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.

Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.

Semuanya sudah saya tahu. 
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan. 
Tapi, saya terus dilupa.

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang. 
Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.

Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.


Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman. 
Hatinya bersenandung lemah.


"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."
Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget