Anggota penguatkuasa KPDNKK Kelantan, memeriksa ayam yang
menjual pada harga tinggi sebelum mengeluarkan notis di Pasar Siti Khadijah di
Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Abdul Ghani Harun (kanan)
bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK bertanyakan sesuatu kepada peniaga ayam di
Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU - Segelintir peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah
di sini mengambil kesempatan sempena sambutan Aidilfitri dengan menjual ayam
sehingga RM30 seekor tanpa menggunakan alat penimbang.
Perbuatan itu dikesan dalam pemeriksaan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan di pasar
berkenaan hari ini.
Pengarahnya, Datuk Abdul Ghani Harun berkata, hasil
pemeriksaan itu mendapati ada peniaga meletakkan tanda harga RM8 bagi
sekilogram ayam namun menjualnya dengan harga RM12 sekilogram.
"KPDNKK Kelantan mengesan kebanyakan peniaga menaikkan
harga ayam sejak Khamis lepas dan kita menerima 16 aduan dari seluruh negeri
berhubung kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas operasi
tersebut.
Justeru, katanya, pihaknya mengeluarkan 17 notis tunjuk
sebab kepada peniaga ayam di pasar tersebut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan
Harga dan Antipencatutan 2011.
Menurutnya, semua peniaga memberi alasan, pembekal
mengenakan harga yang tinggi sehingga RM16 seekor memaksa mereka menjual ayam
pada harga tinggi.
"Oleh itu kita akan bertemu pembekal ayam pada petang
ini untuk siasatan lanjut," katanya.


Post a Comment