Halloween Costume ideas 2015
December 2015


Kenapa harga barang tidak turun walaupun harga minyak turun??

Sebelum ini, setiap kali harga petroleum dinaikkan, hampir sebahagian besar harga barangan turut mengalami kenaikan, yang kadangkala lebih tinggi daripada kadar kenaikan harga minyak. Sebagai contoh, apabila harga petroleum naik 20 sen seliter, kebanyakan kedai makan menaikkan harga minuman sebanyak 20 sen segelas. Alasan kenaikan ini ialah harga petrol memberikan kesan kepada kos mereka. Oleh itu, harga baru ini untuk menampung kenaikan kos tersebut.

Oleh itu, apabila harga petroleum diturunkan, pengguna menjangkakan penurunan harga barangan.

Namun, adakah harga makanan dan barang keperluan lain diturunkan seiring dengan harga baru petrol?

Apa menjadi kebimbangan FOMCA, walaupun harga petroleum turun, tetapi peniaga dan kedai makan masih mengekalkan harga jualan mereka. Justeru, mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi kerana kos operasi semakin rendah.

FOMCA mendesak kerajaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan pengguna mendapat manfaat harga barang yang lebih rendah akibat daripada penurunan harga petroleum.

Peniaga tidak beretika menaikkan harga barang apabila harga petroleum meningkat untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Namun apabila harga petroleum dikurangkan, mereka turut membuat keuntungan yang tinggi daripada kos operasi yang rendah. Penguatkuasaan Akta ini penting supaya pengguna mendapat harga yang rendah dan bukannya peniaga mendapat manfaat daripada kenaikan untung.


Selain itu, disebabkan ramai peniaga yang masih mengekalkan harga mereka, sedangkan sepatutnya mereka menurunkan harga barang ekoran daripada harga baru petroleum, maka Suruhanjaya Persaingan perlu membuat siasatan sama ada terdapat sebarang pakatan perniagaan untuk mengekalkan harga sebagaimana sebelum penurunan harga petroleum atau  amalan-amalan lain yang bersifat anti persaingan yang boleh memanipulasi harga.

Pengurangan harga petroleum sepatutnya memberi kebaikan kepada pengguna. Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dan mekanisme lain bagi memastikan pengguna benar-benar mendapatkan manfaat daripada penurunan harga petroleum.

Kesimplannye.. kebanyakan syarikat ambik kesempatan atas harga minyak..


If you're working at a desk for a long time it can be hard to remain focused.
The Altwork Station is designed to transform itself into different positions to help keep you alert and comfortable.
It can go from being a standing desk - all the rage in offices right now - right down to a setting that has the user almost horizontal.
Magnets are used to keep the keyboard and mouse in place, and hopefully the bracket is strong enough to stop a Mac computer tumbling down into your face. There's also a side table for a cup of coffee, if you need one.
The desk doesn't come cheap - $5,900 (£3,900), although you do get a discount if you pre-order it now.
Che Voigt, Altwork's co-founder, told me the price was in-line with most high-end office furniture.
Right now the company is focusing on the US market, specifically the West Coast. But eventually they hope the desk will be used in offices all over the world.



Nilai: Pusat perniagaan di Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, yang dianggap sebagai syurga beli-belah bagi mereka yang gemarkan set permaidani dan kain kini diibaratkan sebagai hidup segan mati tak mahu apabila pengunjung semakin berkurangan.
Jika sebelum ini setiap hari boleh dikatakan ribuan pengunjung membanjiri kawasan itu, kini bilangannya boleh dikira dengan jari.

Pengunjung, Rosmawati Omar, 46, berkata, kemeriahan kawasan Nilai 3 yang satu ketika dulu ramai pelanggan kini semakin sepi.
Katanya, dia yang pertama kali bertandang ke kawasan itu pada 2001 merasai kemeriahan apabila ramai berpusu-pusu mahu membeli permaidani serta kain.

“Saya tak tahu bagaimana untuk menggambarkannya. Sejak pertama kali datang ke sini, keadaan premis dan jalan begitu sesak.

“Orang ramai pada ketika itu berebut-rebut mahu memilih barangan, tetapi apabila saya datang semula saya begitu terkejut,” katanya.

Katanya, ini kerana bilangan pelanggan di situ sudah berkurangan, malah pekerjanya melebihi pelanggan.

“Nilai 3 adalah antara lokasi pilihan jika mahu beli-belah. Kebiasaannya setiap wanita akan ke sini untuk mendapatkan perhiasan rumah terutama menjelang musim perayaan,” katanya.
Dia yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur berkata, sejak dibuka 14 tahun lalu, lebih 50 kali dia membeli barangan di Nilai 3.



Pekerja swasta, Maarof Arifin, 48, mengakui perniagaan di Nilai 3 kini kurang mendapat sambutan.
Katanya, pada awal dibuka, perkara paling sukar adalah mendapatkan tempat letak kenderaan kerana bilangan pengunjung terlalu ramai.

“Lihatlah keadaan sekarang bukan saja premis kekurangan pelanggan, tetapi keadaan jalan turut lengang. Kalau dulu banyak bas lalu-lalang, kini berkurang,” katanya.
Maarof berkata, perubahan dapat dilihat adalah banyak rombongan dibuat dari negeri lain ke Nilai 3 tidak seperti sekarang.

“Saya berpendapat keadaan ini terjadi mungkin disebabkan kos sara hidup yang meningkat dan lambakan warga asing,” katanya.

Menurutnya, Nilai 3 yang dahulunya popular dalam kalangan masyarakat perlu diambil perhatian oleh kerajaan negeri memandangkan sambutannya semakin pudar.
“Kawasan ini sememangnya lokasi wajib dikunjungi golongan wanita kerana menjual pelbagai barangan. Jika usaha pemulihan tidak dibuat, dikhuatiri masyarakat akan melupai Nilai 3,” katanya.

Ramai orang tertanya-tanya apa rumah Cristiano Ronaldo kelihatan seperti? Nah, pemain Real Madrid telah memberikan kita lawatan.

Ihsan daripada Unscriptd , Ronaldo menunjukkan kepada kita sekitar rumahnya, membawa kita melalui " bilik paling penting" dan memberikan kami mengintip di taman yang penuh aksi belakangnya , lengkap dengan kolam renang, padang bola sepak dan bola keranjang .





"Pinjam RM26,000, bayar RM100 setiap bulan tak pernah miss selama lebih 7 tahun. Baki akhir pinjaman terkini RM25,840. Maknanya aku baru bayar RM140 selama ini. 

"PTPTN, inilah pinjaman riba dan zalim yang depa-depa yang terlibat kena jawab di akhirat," kata peminjam yang hanya dikenali sebagai Yunus itu. 

Gambar yang dimuat naik ke laman Facebooknya itu mengundang perhatian rakannya dan mempersoalkan mengapa tidak ditukarkan kepada ujrah. 

"Nak tukar kepada ujrah, saya kena bayar RM7,000 sekali gus, baru dapat tukar ke ujrah. Ujrah mula diperkenalkan dalam tahun 2009. Jadi sesiapa yang grad sekitar tahun itu memang percuma tukar ke ujrah. Siapa-siapa yang ada tunggakan bayaran perlu langsaikan tunggakan bayaran, baru dapat tukar ke ujrah," jelasnya. 


Rentetan daripada kebakaran yang melibatkan enam kereta terbakar di LRT Taman Jaya adalah berpunca daripada masalah rumah tangga.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial namun terdapat letupan bom di lokasi kejadian adalah tidak benar sama sekali.

Mohd Zani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api dan menjelaskan kerugian dianggarkan RM200,000




Terletak di Lake Thingvallavatn di Thingvellir National Park di Iceland, Silfra adalah sebahagian daripadaperselisihan Atlantik - garis pemisah di antara benua Eropah dan Amerika. Ia adalah satu retakan besar dipermukaan bumi ini, di mana plat benua bertemu dan rekahan tersebut secara perlahan-lahan semakin melebar sebanyak kira-kira dua sentimeter setahun.




Di laut dalam Lautan Atlantik retakan ini tidak dapat dilihat, tetapi pada Silfra, air daripada glasier Iceland yang mencair membuatkan retakan ini dapat dilihat.

Penglihatan yang menakjubkan dan kemudahan yang ada membuatkan Silfra menjadi lokasi popular untukmenyelam. Penyelam dan snorkelers boleh terapung di antara plat tektonik Amerika dan Eurasian  dan di sesetengah tempat, anda sebenarnya boleh menyentuh kedua-dua benua pada masa yang sama!




Silfra adalah satu fenomena yang unik di planet ini.
The Silfra Tectonic fisur adalah satu fenomena yang unik di planet ini. Terdapat beberapa perpecahan air tawar lain yang serupa dengan Silfra di Iceland, tetapi Silfra sendiri adalah yang paling cantik, menarik dan mudah untuk penyelam rekreasi dan snorkelers.



Penglihatan di Silfra melebihi 100 meter, menjadikannya air yang paling jelas di dunia, dan penyelam dan bersnorkel menyelam dan terapung di antara plat benua Amerika dan Eurasia. Terdapat juga tempat-tempat di mana mereka benar-benar boleh menyentuh kedua-dua benua pada masa yang sama.


Penglihatan di Silfra melebihi 100 meter, menjadikannya air yang paling jelas di dunia, dan penyelam dan bersnorkel menyelam dan terapung di antara plat benua Amerika dan Eurasia. Terdapat juga tempat-tempat di mana mereka benar-benar boleh menyentuh kedua-dua benua pada masa yang sama.






Fakta-fakta ini, ditambah kepada landskap bawah laut yang menakjubkan indah Silfra, diperbuat daripada batu sayang, pasir dan alga, buat rayuan yang hebat untuk menyelam rekreasi dan snorkeling masyarakat di seluruh dunia. Ramai penyelam berpengalaman datang ke Iceland dengan niat khusus untuk datang menyelam Silfra dan pengalaman laman web yang menakjubkan tangan pertama ini.






Anda seorang yang takut kepada ketinggian? Rasa gayat bila berada atas bangunan atau jambatan?

Kali ini, ketakutan anda pastinya tercabar dengan siapnya jambatan gantung kaca terpanjang di dunia. Bukan sahaja terpanjang malah ketinggian 298 meter dari tanah sudah cukup menggerunkan, bukan?

Jambatan gantung kaca itu dibina menghubungkan ngarai atau lembah di Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan dan berjaya disiapkan selepas setahun pembinaan.

Namun, ia hanya akan dibuka pada orang awam pada Mei 2016. Pastinya jambatan sepanjang 374 meter ini mampu memberi pengalaman luar biasa buat para pelancong yang datang ke taman negara Tianmenshan ini.

Ia memakan kos RM16.4 juta dan sekaligus mengatasi jambatan pejalan kaki yang terdapat di Arizona sebelum ini yang berketinggian 219 meter. 

Bagaimana, anda berani untuk mencuba berjalan di sini?




Kuala Lumpur: Inisiatif memperkenalkan koc wanita pertama di Malaysia pada April 2010 ternyata berhasil apabila dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR), 28 November lalu.
Presidennya Sarbini Tijan berkata, selain itu KTMB turut menerima Anugerah Industri Pengendali Kereta Api (Inovasi Terbaik) Koc Wanita dalam Simposium Pengangkutan Awam Darat 2015 daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), 17 November lalu.
“Sebagai tanda penghargaan jitu atas penggunaan koc wanita, kita menyediakan 5,555 baucar khas koc wanita bernilai RM2 setiap satu untuk diedarkan dengan tempoh sah laku penggunaan selama 30 hari.
“Penggunaan angka lima sebagai simbolik genap lima tahun koc wanita diperkenalkan iaitu 28 April 2010,” katanya dalam Majlis Pengiktirafan Koc Wanita Pertama di Malaysia di Kuala Lumpur Sentral, semalam.
Sarbini berkata, berdasarkan rekod 70 peratus pengguna perkhidmatan KTMB adalah wanita dan mendorong pengendali perkhidmatan awam itu memperkenalkan koc wanita bertujuan memberikan keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita.
“Menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ atau ‘Ladies Only At All Times’ di gerabak tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu.
“Malah kita berbangga kerana menjadi contoh kepada organisasi lain yang turut memberikan kelebihan ini kepada wanita seperti penyediaan parkir khas untuk wanita, teksi dan bas,” katanya.
Sementara itu, Sarbini berkata, kebanyakan pencerobohan ke atas koc wanita dilakukan lelaki warga asing yang kurang berpengetahuan selain tidak memahami bahasa dipaparkan.
“Bagaimanapun selepas diberi penerangan khas mereka memahami koc itu hanya untuk wanita dan dilepaskan,” katanya.
Sarbini turut mengesahkan makanan disediakan di dalam perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) milik KTMB bakal menerima sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), awal tahun depan.


Subang Jaya: Seorang wanita berusia 28 tahun yang mahir mencuri kenderaan mewah dikesan bersembunyi dan tinggal di hotel mewah sejak beberapa bulan lalu.
Suspek wanita itu bagaimanapun ditahan polis bersama empat lelaki dalam dua serbuan berasingan, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Lee Swee Meng berkata, semua suspek ditahan itu disyaki menganggotai kumpulan pecah rumah dan curi kereta mewah sekitar daerah ini.
Menurutnya, suspek melakukan dua kes jenayah pada 18 dan 22 November lalu di Taman Saujana Puchong serta melarikan sebuah kereta BMW.
“Polis menangkap suspek pertama seorang lelaki berusia 30-an selepas dikesan muncul kembali di Taman Saujana Puchong untuk melakukan kegiatan pecah rumah bersama dua rakannya.
“Bagaimanapun dua suspek lagi melarikan diri. Suspek yang ditahan itu kemudian mendedahkan maklumat berhubung ahli kumpulannya,” katanya.
Berikutan itu, polis menahan teman wanitanya di sebuah hotel bersama sebuah kereta BMW yang dilaporkan dicuri sebelum ini.
“Susulan itu, polis menahan pula seorang lelaki berusia 48 tahun berhampiran Bandar Puteri Puchong pada hari yang sama.
“Pemeriksaan terhadap lelaki terbabit menemui pelbagai ketulan dadah jenis syabu seberat 34 gram dan pil ektasi sebanyak 110 biji di dalam beg sandang suspek,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Swee Meng berkata, siasatan terhadap tiga suspek itu membawa penahanan perancang utama sindiket itu.
Katanya, suspek keempat berusia 40 tahun yang mendalangi kumpulan itu ditahan kelmarin di hadapan sebuah hotel, di sini.
“Pemeriksaan terhadap suspek turut menemui peralatan pecah rumah dan ketulan kristal disyaki syabu seberat dua gram bersama wang tunai pelbagai negara.
“Semua suspek direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457/379 Kanun Keseksaan,” katanya.


Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail berkata, kemerosotan kadar kelahiran mempunyai kaitan langsung dengan sikap wanita masa kini yang memilih untuk berkahwin lambat, mementingkan kerjaya dan beranggapan kos menyara anak tinggi.



Trend wanita Malaysia tidak minat berkahwin awal menyebabkan kadar kesuburan di negara ini berada di tahap membimbangkan dengan purata kelahiran yang dicatatkan turut menurun sehingga 1.9 orang bagi sebuah keluarga pada tahun lalu.

Seandainya, Malaysia tidak memberi fokus dengan trend kadar kesu­buran dalam kalangan rakyatnya, negara ini dijangka mengikut jejak negara maju seperti Jepun yang mencatatkan kadar kelahiran 1.4 orang anak manakala Singapura 0.8


Kepada Wanita Luar sana yang nak kahwin lambat Fikir 2 kali.


Pernahkah anda berasa tak selesa dengan kebersihan pada telefon bimbit anda? Malah, ada yang mengatakan telefon bimbit sangat kotor, lebih kotor daripada tempat duduk tandas. Gelinya!

Namun, kini sebuah syarikat Jepun, Kyocera menghasilkan telefon bimbit terbaharu, Digno Rafre yang bukan sahaja boleh dibersihkan, malah dicuci dengan sabun dan kalis air.

Ini sekaligus membolehkan anda mencuci perati tersebut untuk mengelakkan kekotoran dan juga bakteria yang terdapat padanya. Paling penting, sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana tahap kebersihan yang terjamin. 



Pastinya ia menjadi berita baik bagi pengguna di negara Jepun dengan pelancaran telefon tersebut. Salah satu iklan yang didapati melalui laman youtube menunjukkan seorang kanak-kanak terjatuhkan telefon bimbit ke dalam makanan. 

Kemudian, ibunya menunjukkan telefon itu boleh dibersihkan dengan air dan sabun. Dengan harga 21,600 yen bersamaan RM740, telefon tersebut didatangkan dengan perisian Android 5.1, saiz 5 inci dan kamera 13 megapixel. Menarik, bukan? 




Tindakan menggunakan kertas bercetak atau lebih terkenal dengan penggunaan surat khabar sebagai pembungkusan makanan akan diambil tindakan oleh kerajaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Jafperi Othman berkata, berdasarkan kajian toksikologi, kertas bercetak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser . "Karsinogen dalam dakwat boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang, dan meningkatkan keracunan dalam tubuh manusia,"


"Keputusan ini akan dikenakan ke atas kegagalan pengendali untuk mematuhi syarat-syarat mengenai peruntukan, pembungkusan dan hidangan makanan. Ia boleh membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Labuan Cermin merupakan sebuah danau yang sangat indah dan terletak di Desa Biduk-Biduk, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur. Danau ini dikelola oleh Lembaga Masyarakat Labuan Cermin (Lekmalamin), bagi menjamin danau ini sentiasa terjaga keasliannya.

Apa yang menariknya dengan danau ini, selain memiliki air yang sangat jernih seperti cermin, danau ini juga mempunyai air dua rasa iaitu masin (bahagian bawah) dan tawar (bahagian atas). Anehnya, kedua jenis air ini tidak bercampur. 


Belum ada pihak yang melakukan penyelidikan di danau ini tentang bagaimana terjadinya fenomena air dua rasa, hingga kini masih kekal misteri.

Jom kita tengok gambar-gambar keindahan di danau ini, ingat! ini bukan gambar edit! :


Siapa Kata Malaysia tidak ada tempat menarik....??



Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berenang, menyelam dan snorkeling.



Siapa yang travel ke Sabah.. Rugi kalau tidak singgah

Masalah rambut gugur, jarang dan kering sering menghantui tidak kira lelaki atau perempuan. Situasi itu menyebabkan kurang keyakinan diri serta mengganggu penampilan.

Kadar pertumbuhan rambut yang kurang, selain masalah rambut gugur berkait rapat dengan faktor genetik, kaedah penjagaannya dan emosi.

Malah, persepsi masyarakat mengenai rambut bermasalah seperti botak hanya menyerang golongan usia 40-an juga adalah tidak benar kerana hakikatnya mereka yang berusia 20-an juga mengalami masalah sama.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow berkata, masalah ini dikenali sebagai Androgenetic Alopecia atau AGA.

Menurutnya, AGA disebabkan oleh pola keguguran rambut lelaki yang berkaitan dengan tahap hormon dalam tubuh. Penyakit ini, katanya, bercirikan rambut yang semakin jarang, bermula di bahagian pelipis atau mercu kepala atau kedua-duanya sekali. Jika tidak dirawat, AGA akan melarat dan rambut pada pelipis semakin menyusut.

“Sejambul rambut akan tinggal pada bahagian hadapan dan kawasan botak di mercu kepala pula semakin membesar. Akhirnya, kawasan rambut gugur di bahagian hadapan dan mercu kepala bertemu serta menyebabkan bahagian atas kepala botak.

“Pada keadaan ini yang tinggal hanyalah rambut di bahagian sisi dan belakang kepala,” katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran Biothymus AC Active di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, AGA terjadi disebabkan interaksi hormon terhadap kulit kepala lelaki yang mempunyai risiko genetik dan akhirnya menjejaskan kitaran pertumbuhan rambut normal.

“AGA sering kali dihidap golongan lelaki berusia lebih 25 tahun. Masalah dikesan apabila kitaran pertumbuhan rambut menjadi lebih singkat. Rambut akan gugur sebelum sempat menjadi panjang dan tebal.

“Perubahan terjadi pada pertumbuhan rambut akibat interaksi antara hormon testosteron dengan enzim 5 alfa reduktase (5aR) yang menyebabkan AGA.

“Apabila pertumbuhan rambut tidak memadai, rambut mula menjadi jarang dengan ketara secara keseluruhannya dan kawasan itu lama kelamaan berkembang dan mengakibatkan masalah kepala botak,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, terdapat tiga peringkat kitaran pertumbuhan rambut yang normal iaitu anagen (pertumbuhan), katagen (berehat) dan telogen (pertumbuhan semula).

“Pada peringkat anagen, keadaan menunjukkan proses rambut baru tumbuh daripada dasar folikel. Fasa ini lazimnya berlangsung selama beberapa tahun untuk menghasilkan rambut yang tumbuh sepenuhnya.
“Tahap katagen, kata beliau, menyaksikan rambut berhenti daripada tumbuh, manakala akar rambut mengecut. Dasar folikel akan berkecai dan rambut bergerak naik di dalam folikel, menjauhi akar serta salur darah yang membekalkan rambut dengan khasiat.

“Untuk peringkat telogen, rambut yang kini matang hanya terikat secara longgar pada akar rambut. Rambut ini pula kebiasaannya gugur selepas beberapa bulan atau ditolak keluar oleh rambut seterusnya yang tumbuh dari bahagian bawah,” katanya.

Lazimnya, kira-kira 30 peratus lelaki yang berusia 30 tahun dan 50 peratus lelaki berusia 50 tahun akan mengalami keguguran rambut.

Menurutnya, faktor lain menyebabkan AGA adalah jantina, sejarah keluarga dan tekanan jiwa. Lelaki pada umumnya lebih me­ngalami keguguran rambut kerana mereka banyak menghasilkan testosteron.
“Seseorang itu juga akan lebih cenderung menghidap AGA jika sebelum ini ahli keluarga seperti ayah, bapa saudara dan datuk pernah mengalaminya.

“Tekanan jiwa yang kronik boleh mempercepatkan AGA yang tidak dapat dielakkan ini, manakala keguguran rambut berterusan boleh mengakibatkan kesan psikologi serius terhadap sesetengah lelaki,” katanya.

Panduan penjagaan rambut

- Cuci rambut - Rutin terbaik mencuci rambut adalah dua atau tiga hari sekali. Paling penting, pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut. Tidak seharusnya mahal. Pilih syampu yang boleh membuatkan kulit kepala bersih dan menjadikan rambut sihat.

- Elak guna pengering rambut - Kerap menggunakan pengering rambut membuatkan rambut kelihatan kusam. Jika tidak mempunyai pilihan, gunakan pada suhu tinggi untuk mempercepatkan proses pengeringan bagi mengelakkan rambut mudah rosak.

- Longgarkan ikatan rambut - Jangan ikat rambut terlalu ketat kerana ikatan berkenaan memberikan tekanan kepada kulit kepala. Longgarkan ikatan supaya lebih selesa selain mengurangkan masalah keguguran rambut.

- Mengeringkan rambut - Elak mengikat rambut ketika masih basah dan kemudian terus menyarung­kan tudung bagi memastikan kulit kepala kamu tidak ‘tebal’ dengan kelemumur. Kamu boleh mencuci pada waktu malam bagi membiarkan rambut kering dengan sendiri.

- Fabrik tudung - Peng­gunaan tudung daripada material kapas sangat disarankan kerana membolehkan pengaliran udara keluar dan masuk. Elakkan memakai tudung berlapis-lapis ketika beriadah. Ini kerana semakin tebal tudung, sukar kulit kepala untuk bernafas.

- Elak gosok rambut secara kasar - Ketika mengeringkan rambut dengan tuala, gosok secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Dengan itu, kamu dapat mengelakkan rambut mudah putus atau gugur.

- Rawat rambut - Memakai tudung boleh menimbulkan bau yang tidak enak pada rambut kerana faktor kelembapan. Oleh itu, rawatlah mahkota kamu itu dengan ramuan rempah-ratus sebulan sekali supaya mengekalkan keharuman rambutmu.


Baru tiga bulan memasuki alam perkahwinan, Wafa, 30, sudah tidak tahan dengan perangai suami yang dirasakan sangat berbeza dengan keadaan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum berkahwin suaminya seorang yang sopan, tidak pernah meninggikan suara serta rendah diri. Berlainan apabila mereka telah berkahwin kerana semuanya berubah sekelip mata.

Paling mengejutkan, suaminya sering bercakap, ketawa dan menangis sendiri malah paling teruk pernah cuba membunuhnya. Wafa merasakan keadaannya semakin tidak selamat serta terancam.

Tidak mahu terus hidup dalam tanda tanya, Wafa menghubungi keluarga mentua untuk mengetahui cerita di sebalik kelakuan pelik suaminya.

Dengan berat hati, mereka bercerita suami Wafa menghidap skizofrenia kronik dan tidak pernah mendapatkan rawatan moden sebaliknya hanya menggunakan kaedah tradisional. Terkejut dengan kenyataan itu, Wafa tekad menuntut cerai kerana sering hidup dalam ketakutan selain rasa terancam dengan perbuatan si suami.

Menurut Konsultan Psikiatri dan Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Selayang, Dr Toh Chin Lee, skizofrenia adalah penyakit kronik berpunca daripada kegagalan fungsi otak.

“Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari orang lain atau mempercayai orang lain sedang menguasai pemikiran mereka atau mencederakan mereka. Berbanding manusia normal, pesakit skizofrenia bercakap perkara yang tidak masuk akal.

“Pesakit mendiamkan diri atau terlalu banyak bercakap dan kelihatan normal sehinggalah apabila mereka memperkatakan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui pada bengkel Orang Gila atau Skizofrenia di ibu negara, baru-baru ini.
Perkataan skizofrenia wujud beratus tahun dulu. Namun, penyakit ini kali pertama dijumpai dan dikenali sebagai penyakit mental yang dikesan Dr Emile Kraepelin pada 1887. Ada penulisan mengatakan skizofrenia dikesan sejak zaman Firaun lagi iaitu Sebelum Masihi.

Katanya lagi, penghidap akan berhadapan dengan sekurang-kurangnya dua kriteria gejala iaitu gejala positif seperti delusi dan halusinasi.

Pesakit juga mengalami gejala negatif seperti kemurungan, pengasingan diri dan emosi yang tidak terkawal selain pertuturan dan tingkah laku tidak teratur.

“Di samping itu, penghidap juga akan berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab.

Ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan kerana keluarga tidak sedar perubahan tingkah laku yang dialami pesakit dan situasi yang paling kerap berlaku.

“Pesakit lazimnya akan dibawa berubat secara tradisional dan percaya dirasuk makhluk halus. Tanggapan seperti ini menyebabkan rawatan yang dijalankan tidak menjadi dan mereka terus dibiarkan sehinggalah keadaan tidak terkawal,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah dan Doktor Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Hazli Zakaria, berkata dianggarkan 54 peratus daripada pesakit psikiatri mempunyai sekurang-kurangnya satu hubungan dengan penyembuh tradisional sebelum berunding dengan perkhidmatan psikiatri.

Beliau berkata, keadaan ini menunjukkan pelbagai lapisan masyarakat di negara membangun juga memilih mereka sebagai pilihan utama.

Katanya, perkara berkenaan bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di negara lain antaranya Indonesia, India, China, Korea dan Filipina.

“Punca gangguan mental yang ditunjukkan pengamal perubatan tradisional seperti ilmu hitam atau gangguan roh jahat. Kebergantungan ini tidak boleh disalahkan kerana keadaan keluarga yang terlalu terdesak untuk memulihkan pesakit.

“Sebenarnya skizofrenia boleh disembuhkan dengan syarat ia dirawat dengan segera. Jika ada keturunan atau sejarah keluarga segera dapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Pesakit mental skizofrenia boleh diibaratkan seperti hidup dalam dunia sendiri. Mereka tidak lagi kenal realiti hidup.

Bukan saja pesakit yang sengsara, bahkan semua ahli keluarga, terutama ayah dan ibu, turut cemas dan tidak dapat tidur selesa kerana memikir tingkah laku anak mereka.
Penyakit skizofrenia kerap menyerang golongan muda dan tiada perbezaan ketara mengenai kadar berlakunya penyakit ini pada golongan wanita mahupun lelaki.

Apakah tanda-tanda skizofrenia?

Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting:

Tanda positif

Psikosis

Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun dipertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat, keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

- Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion): Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya, mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit.

- Delusi kawalan (delusion of control): Mempercayai bahawa perbuatan, kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana dipaksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.

- Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

- Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa diri­nya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.

- Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

- Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

Tanda negatif

Simptom negatif skizofrenia lazimnya membabitkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas, tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja malah seolah tidak mempunyai perasaan.

- Alogia (a-loj-ee-a) and poverty of speech: Bercakap dengan sedikit, pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting serta mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dituturkan.

- Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspresi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah anda bercakap dengan robot.

- Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.

Gangguan emosi

Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan. Sejarah penyakit perlu tepat untuk mendapat diagnosis yang betul.

Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan (the affect is not congruent to the thought). Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.

Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10 peratus). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

Gangguan kognitif

Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang tumpuan dan memori yang kurang baik.

Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan ting­kah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukan berbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang ketagih alkohol atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.



MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget