Halloween Costume ideas 2015
April 2016



KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan di Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk 1MDB dikehendaki menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

Bank Pusat itu dalam kenyataannya di sini berkata, 1MDB juga telah gagal untuk mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan alasan yang kuat berhubung dengan ketidakupayaan 1MDB untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik ini.

Surat kompaun itu dikeluarkan setelah menerima keizinan daripada Peguam Negara hari ini.

1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut.

"Pembayaran kompaun ini menandakan tamatnya siasatan Bank Negara Malaysia berhubung dengan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan pengawalan Bank Negara Malaysia," menurut Bank Pusat itu.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.




PETALING JAYA: Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan kepada pegawai wanita jabatan itu yang bertindak kasar memukul seorang pekerja asing warganegara India.

Pengerusinya, Datuk R Sri Sanjeevan berkata pegawai wanita itu patut dipecat kerana telah melanggar SOP pihak berkuasa dan mencemarkan nama baik Imigresen.

“MyWatch telah mendedahkan video klip kekasaran seseorang pegawai wanita Imigresen sewaktu menjalankan serbuan ke atas sebuah premis mencuci kereta di stesen minyak Petron di Sendayan, Seremban pada 8 Januari 2016 lalu.

“Tiada dalam mana-mana SOP pihak berkuasa, perlunya tindakan kasar dikenakan ke atas pihak bersalah sekiranya mereka telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu siasatan dijalankan. Malah kompaun yang dikenakan ke atas pemilik premis juga sudah dilangsaikan,” katanya dalam satu kenyataan dibuat hari ini.

Sebelum ini MyWatch telah mendedahkan perbuatan itu melalui satu rakaman CCTV di mana pegawai perempuan Imigresen itu telah bertindak dengan begitu kasar ke atas seseorang pekerja asing warganegara India (mangsa) yang telah ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Dalam rakaman itu juga, pegawai wanita berkenaan menendang bahagian kemaluan mangsa dan turut memukulnya di bahagian kepala beberapa kali.

Mengulas lanjut, Sanjeevan turut meminta pihak Imigresen tampil memberi penjelasan berhubung tindakan pegawai berkenaan.

“MyWatch meminta Ketua Pengarah Imigresen tampil segera memberikan respon berkaitan isu ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, MyWatch sedia memanggil mangsa yang dipukul itu untuk memberi penjelasan sebenar berkenaan kejadian itu.

Katanya, ini sebabkan beliau mendakwa mangsa dipukul kerana tidak boleh bercakap Bahasa Melayu.

Selain itu, menurut Sanjeevan, mangsa juga mendakwa turut dibelasah dengan hos paip ketika berada dalam depot tahanan imigresen.

“MyWatch juga bersedia membawa mangsa terbabit ke Malaysia bagi menceritakan apa yang dialami dirinya ketika serbuan dan ketika dalam tahanan,” katanya.




Banting: Sukar dipercayai namun itulah realitinya apabila setiap barangan daripada seluar jean, baju hingga pakaian kanak-kanak dan wanita dijual pada harga serendah 20 sen hingga RM5.

Itu yang ditawarkan JBR Bundle dalam Jualan Mega tiga hari mulai esok hingga Ahad ini di butiknya di Kanchong Darat, dekat sini.

Sepanjang jualan itu, ribuan pakaian atau aksesori terpakai (bundle), termasuk kasut, beg, baju kanak-kanak, tali pinggang, topi sehinggalah kelengkapan wanita ditawarkan pada harga tidak masuk akal itu.
Barangan sebelum ini dijual pada harga RM18.90 misalnya diturunkan kepada RM5 saja, malah JBR Bundle turut menawarkan potongan 50 peratus kepada produk berjenama.

Selain itu, semua kasut yang ada di premis berkenaan dijual pada harga RM40 sepasang meskipun berlainan jenama, jenis dan harga sebelum ini.

Menariknya, produk yang dijual itu tetap berkualiti membabitkan jenama seperti Levis, Uniqlo dan Men Blue, malah ada antaranya diimport dari Jepun, Australia dan Eropah.

Pemilik JBR Bundle, Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 31, berkata, jualan mega itu memberi peluang kepada orang ramai terutama peminat ‘bundle’ mendapatkan pelbagai barangan pada harga sangat murah.
Selain itu, katanya, ia antara cara untuk menghargai pelanggan yang selama ini banyak memberi sokongan.

Selain jualan pada harga ‘gila-gila’ itu, JBR Bundle turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung dengan tawaran hadiah menarik.

“Pelanggan yang berbelanja RM50 ke atas, layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah ditawarkan bernilai RM1,600 untuk tempat pertama iaitu hadiah satu ‘bundle’ seluar jean jenama Men Blue Gred A seberat 100 kilogram.

“Tempat kedua baju kanak-kanak ‘Children Cotton Rummage’ (CCR) Gred A bernilai RM550, manakala tempat ketiga selimut 45 kilogram bernilai RM300 sementara 10 hadiah saguhati bernilai RM100 setiap satu,” katanya.

Selain itu, satu lagi acara menarik menanti pengunjung iaitu ‘pecah’ guni ‘bundle’ dengan setiap barangan dijual pada harga RM1 hingga RM5 sehelai.

Abdul Jabbar berkata, dijangka 200 guni ‘bundle’ akan dibuka di depan pelanggan sepanjang tiga hari jualan itu.

“Kita akan bawa ‘bundle’ yang belum dibuka ini di depan pelanggan dan membuka seterusnya pelanggan memilih pelbagai jenis pakaian diminati.

“Acara ini diadakan dua sesi setiap hari iaitu dari jam 5 hingga 6.30 petang pada sesi pertama dan 9 hingga 10.30 malam sesi kedua,” katanya.

Abdul Jabbar berkata, jualan mega itu akan bermula dari jam 2.30 petang hingga 12 tengah malam pada Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Katanya, tujuh peratus daripada hasil jualan itu akan didermakan kepada rumah anak yatim terpilih.

KUALA NERANG: Cuaca panas berpanjangan akibat fenomena El Nino menyaksikan ramai penggiat di dalam industri penternakan ayam daging di Kedah terpaksa menanggung kerugian besar.



Gambar Hiasan



Tauke-tauke ayam kebanyakannya bergelut untuk meminimumkan kadar kematian ayam ternakan akibat faktor suhu yang panas.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di ladang ternakan ayam milik Kumpulan Bismi, kadar kematian haiwan tersebut meningkat sehingga lapan peratus.

Pengurus Kanan Operasinya, Mohd Gary Gan memaklumkan syarikat tersebut setakat ini menanggung kerugian mencecah RM1 juta.

"Kematian sehingga lapan peratus ini adalah situasi melebihi kematian biasa kerana ayam mengalami 'heat stress'.

"Suhu memang kita tidak boleh kawal, apa yang kami boleh lakukan ialah mandikan ayam guna sistem 'sprinkler' atau pancutan air," kata Mohd Gary ketika memantau keadaan di sebuah reban di Kampung Rambutan, di sini hari ini.

Tambahnya, kos operasi turut meningkat kerana terpaksa menggunakan sistem pancutan air 24 jam sehari bagi mengurangkan suhu panas di dalam reban.

Katanya lagi, cuaca panas berpanjangan ini juga menyaksikan tempoh matang ayam ternakan kini lebih panjang.

"Jika cuaca panas ini berlarutan, kami terpaksa mengehadkan kemasukan ayam ternakan bagi meminimumkan kematian dan kerugian syarikat," ujarnya.

Setakat ini, operasi syarikat berkenaan di Kampung Rambutan hanya memberi fokus kepada menguruskan 165,000 ekor ayam daging.
Cuaca panas berterusan sejak awal tahun ini menyaksikan Kuala Nerang mencatat suhu konsisten di antara 35 hingga 36 darjah Celsius setiap hari terutama di sebelah siang.

KUALA NERANG: Cuaca panas berpanjangan akibat fenomena El Nino menyaksikan ramai penggiat di dalam industri penternakan ayam daging di Kedah terpaksa menanggung kerugian besar.


Gambar Hiasan



Tauke-tauke ayam kebanyakannya bergelut untuk meminimumkan kadar kematian ayam ternakan akibat faktor suhu yang panas.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di ladang ternakan ayam milik Kumpulan Bismi, kadar kematian haiwan tersebut meningkat sehingga lapan peratus.

Pengurus Kanan Operasinya, Mohd Gary Gan memaklumkan syarikat tersebut setakat ini menanggung kerugian mencecah RM1 juta.

"Kematian sehingga lapan peratus ini adalah situasi melebihi kematian biasa kerana ayam mengalami 'heat stress'.

"Suhu memang kita tidak boleh kawal, apa yang kami boleh lakukan ialah mandikan ayam guna sistem 'sprinkler' atau pancutan air," kata Mohd Gary ketika memantau keadaan di sebuah reban di Kampung Rambutan, di sini hari ini.

Tambahnya, kos operasi turut meningkat kerana terpaksa menggunakan sistem pancutan air 24 jam sehari bagi mengurangkan suhu panas di dalam reban.

Katanya lagi, cuaca panas berpanjangan ini juga menyaksikan tempoh matang ayam ternakan kini lebih panjang.

"Jika cuaca panas ini berlarutan, kami terpaksa mengehadkan kemasukan ayam ternakan bagi meminimumkan kematian dan kerugian syarikat," ujarnya.

Setakat ini, operasi syarikat berkenaan di Kampung Rambutan hanya memberi fokus kepada menguruskan 165,000 ekor ayam daging.
Cuaca panas berterusan sejak awal tahun ini menyaksikan Kuala Nerang mencatat suhu konsisten di antara 35 hingga 36 darjah Celsius setiap hari terutama di sebelah siang.


CARA BUAT VACUM BAJET DENGAN HARGA TAK SAMPAI RM20 KUASA SEDUT PUN KUAT


Cara nak buat vacum sendiri dengan modal tak sampai RM20..

Alat diperlukan:

Bahan
Harga(RM)
1
Botol air soda (minum dulu)
3

Mini Engine 
5

Tin deodorant permukaan yang rata
FREE

Wayar (kedai RM2 ada jual)
2

Double Type  (kedai RM2 ada jual)
2

Penapis  (kedai RM2 ada jual)
2
Total
14

Cara dia.. ikut video dekat sini


Bigar Waterfall atau Air Terjun Bigar di Caras Severin County, Romania terletak di rizab alam semula jadi di dalam pergunungan Anina.

Air terjun yang menakjubkan ini merupakan suatu yang unik di sini.

Air yang jatuh dari tebing ini dilindungi dengan lumut. Ia dikatakan menjadi air terjun yang paling indah dan paling cantik di negara ini. Terdapat musim bunga bawah tanah sungai dari gua di atas dan kemudian jatuh ke dalam Minis River. 





Kuala Lumpur: Rakyat Johor berpeluang memiliki rumah berharga bawah RM100,000 seunit yang dinaungi Yayasan Sultan Ibrahim dengan pembayaran deposit serendah RM1.

Inisiatif berkenaan adalah kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata, bank itu memperuntuk RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

"Pembeli hanya perlu mendaftar dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.








3 Apr - Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran bagi membeli tudung di sebuah butik tudung, Wardina Safiyyah tampil memberi teguran kepada pemilik butik yang terbabit.

Wardina menerusi laman Facebooknya memberi teguran supaya pemilik butik berkenaan tidak merendahkan dan melayan pembeli seperti kambing atau lembu.

"Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung.... janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia. ", tulis beliau.

Selain itu, Wardina juga menasihatkan agar pemilik lebih peka dan menggunakan alternatif untuk memudahkan pembeli sekiranya tahu ada jualan gergasi dan sebagainya.

"Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, daftar online, gunalah emel, text dan bermacam-macam sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda.", kata Wardina.

Wardina juga menyifatkan kejadian yang berlaku itu amat memalukan dan sekali lagi menegur pemilik butik berkenaan supaya lebih menghormati pelanggan mereka.

"Ianya amat amat amat amat memalukan. Nak buktikan apa? Tudung anda hebat? Dengan melayan dan membiarkan mereka sebegitu?



"Tak ada hebatnya butik yang membiarkan manusia merendahkan taraf diri mereka sebegitu rupa. Layan pelanggan anda dengan maruah dan respek... sekurang-kurangnya berikan mereka satu barisan untuk beratur. ", tulis Wardina. - Wira Keyboard

Video Di Sini

Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung.... janganlah merendahkan...
Posted by Wardina Safiyyah OfficialPage on Saturday, 2 April 2016

Makan pil ini boleh bertukar jadi kaya? Betul ke?

Pil ini betul-betul dicipta dengan berukuran 2 sentimeter (cm) akan membawa kepada pengambilnya ke alam kemewahan. 

Kapsul berkilau bersalut emas ini dijual pada harga $USD 425 (RM1,700) untuk sebiji dan akan mengubah najis menjadi emas. 

Ia dicipta oleh Tobias Wong dengan kerjasama Ken Courtney pada tahun 2005. Pil emas ini sememangnya mendapat sambutan tinggi namun tidak kurang juga ada yang mempertikaikannya. 

Ia sebenarnya tidaklah membuatkan anda kaya tetapi apabila najis pun dah bertukar kepada emas yang berkilau. Lain daripada orrang lainlah kiranya. Ia juga diibarat anda seorang yang kaya raya kerana mampu buang air besar sehingga mengeluarkan emas dan bukanlah seperti najis biasa.- Wira Keyboard








MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget