Halloween Costume ideas 2015

Wanita Jepun Bela Lipas Sebagai Haiwan Peliharaan!


Memerlihara haiwan peliharaan merupakan hobi biasa bagi kebanyakan kita. Ada yang memilih untuk membela kucing, anjing, burung, ikan dan banyak lagi. Haiwan-haiwan ini merupakan haiwan yang biasa jadi pilihan pencinta haiwan di seluruh dunia.


Namun, bagaimana pula jika ada yang memilih untuk bela lipas sebagai binatang peliharaan? Pasti ianya pelik bagi kita semua, namun inilah yang dilakukan seorang wanita di Jepun.


sumber foto: http://i0.wp.com/

Memilih untuk tidak menayangkan wajahnya yang sebenar di laman Instagram, akaun vixixvii selalu meletakkan gambar-gambar lipas peliharaannya berserta kapsyen yang comel.


sumber foto: https://pbs.twimg.com/

Lebih menarik, wanita ini bukan setakat membela lipas sebagai bintang pelihara, dia juga memilih untuk memelihara labah-labah, ular dan tikus putih. Di laman Instagramnya juga, vixixvii banyak berkongsi mengenai haiwan-haiwan jenis serangga ini.


sumber foto: https://pbs.twimg.com/media/CMm2Do-UEAA14vA.jpg
Dia pernah menulis yang dia begitu meminati subjek biologi dan baginya, haiwan-haiwan ini mempunyai nilai kecantikan luar biasa jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan yang lain.

Jadi, kepada sesiapa mempunyai hobi sama dengan wanita ini, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan memiliki minat aneh seperti itu. 

Teruskan hobi anda selagi ianya tidak mengganggu hidup sesiapa.

Labels:

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget